Tuesday 26 April 2011

Chelsea boleh pintas United (2011/04/26)

LONDON: Jurulatih Chelsea, Carlo Ancelotti optimis The Blues boleh memintas Manchester United di puncak carta Liga Perdana Inggeris, selepas menyaksikan sendiri bagaimana kelebihan yang agak selesa sebelum ini boleh lenyap. 

Ancelotti mengendali Juventus pada 2000 tetapi dipintas Lazio meskipun mempunyai kelebihan sembilan mata dengan berbaki lapan perlawanan.


Chelsea, yang pada satu ketika ketinggalan 15 mata di belakang United, kini mengekori rapat dengan hanya terpisah enam mata, dan akan bertandang ke Old Trafford.
Ancelotti mengharapkan United tidak mampu berdepan tekanan. 

“Saya kehilangan kejuaraan ketika mendahului sembilan mata dan tinggal hanya lapan perlawanan. Ia boleh berlaku. Dua bulan lalu sukar untuk membayangkan kami boleh terus mengekori rapat, jadi buat masa ini kami gembira.” 

Sebelum pertembungan di Old Trafford, kedua-dua pasukan berdepan lawan sukar dengan Chelsea menerima kunjungan Tottenham Sabtu ini manakala United akan ke Arsenal pada Ahad. 

“Jika dapat menewaskan Tottenham, saya fikir kami akan memberikan banyak tekanan terhadap Manchester United yang akan bertemu Arsenal,” kata Ancelotti. 
Jika Chelsea menang semua baki perlawanan dan United tewas dua perlawanan, juara akan ditentukan melalui perbezaan gol, dan dengan Blues kini mempunyai kelebihan jaringan 37 dan United pula 39, Ancelotti mahu pasukannya memanfaatkan setiap peluang jaringan. 

“Ia boleh berlaku," katanya ketika ditanya kemungkinan kedua-dua pasukan menamatkan saingan dengan jumlah mata yang sama. – Agensi

No comments:

Post a Comment