Friday 22 April 2011

Puji kerjasama McLaren (2011/04/23)

LONDON: Lewis Hamilton mengucapkan terima kasih kepada pasukannya, McLaren, kerana memberinya kenderaan penuh ‘keajaiban’ sekali gus memenangi perlumbaan Grand Prix di China.
Namun, dia masih memberi peringatan kepada pasukan untuk sentiasa gigih melaksana strategi pembangunan sekiranya mahu kekal di tangga teratas.

“Red Bull dan yang lain tidak akan hanya tunggu dan lihat. Pastinya, pertarungan lebih sukar bermula dari sekarang walaupun kami sudah berjaya melakukan tugasan hebat hingga mampu mengubah nasib pasukan.
“Sememangnya kami mahu menang di China. Jika diimbas kembali, kami sudah melakukan pembangunan yang cukup hebat buat pasukan.

“Menjadikan kereta lumba ini sebagai pemenang tugas yang cukup besar apatah lagi usaha itu dilakukan dalam jangka masa yang singkat.

“Sekali lagi, saya ingin katakan mereka berjaya melakukan keajaiban. Bagaimanapun, pasukan perlu sentiasa kekal berdaya saing dan perlu berdepan dengan tugas lebih berat untuk berentap dengan Red Bull.
“Jangan salah sangka, maksud saya adalah kami sudah lakukan sesuatu yang hebat tetapi pasukan masih lagi perlu berdepan dengan satu lagi perlumbaan, Grand Prix Turki bulan depan. Pastinya, perlumbaan itu memerlukan lebih peningkatan sekiranya mahu kekal bersaing di depan,” katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment