Thursday 21 April 2011

Arsenal 3-3 dgn Spurs (2011/04/21)

LONDON: Arsenal kempunan mengutip tiga mata penuh apabila diikat jirannya, Tottenham Hotspur 3-3 dalam saingan Liga Perdana Inggeris di White Hart Lane, awal pagi tadi.

Keputusan itu menyaksikan Arsenal dipintas Chelsea di tangga kedua liga selepas menang 3-1 ke atas Birmingham City.


Arsenal dan Chelsea kini berkongsi 64 mata tetapi Chelsea mempunyai kelebihan gol.
Arsenal mendahului 3-2 pada separuh masa pertama menerusi Theo Walcott, Samir Nasri dab Robin van Persie.

Rafael van der Vaart dan Tom Huddlestone pula meledak untuk Spurs sebelum Van der Vaart menyempurnakan penalti untuk Spurs pada minit ke-70 untuk mengikat kedudukan 3-3.

No comments:

Post a Comment