Wednesday 27 April 2011

Tumpu cari empat mata (2011/04/27)

ROME: Jurulatih AC Milan, Massimiliano Allegri kelmarin berkata, dia hanya mahu memberi tumpuan meraih empat mata yang diperlukan bagi memastikan kejuaraan liga ke-18 buat kelab itu. 

Milan mendahului carta Serie A dengan kelebihan lapan mata, berbaki empat perlawanan dan dengan rekod menentang pencabar tetangga, Inter Milan yang menduduki tangga kedua lebih memihak mereka, Milan hanya memerlukan empat mata saja lagi untuk dimahkotakan sebagai juara musim ini.


Malah, mereka boleh mengesahkan kejuaraan itu hujung minggu ini, andai menewaskan Bologna di laman sendiri Ahad ini sementara juara bertahan itu gagal mencatat kemenangan di Cesena sehari sebelumnya.
“Mungkin Ahad ini belum mencukupi tetapi kami hanya perlu memikirkan empat mata itu dan memenangi kejuaraan,” kata Allegri. 

Milan berpotensi meraih kejuaraan berganda kerana mereka juga melayakkan diri ke separuh akhir Piala Itali, walaupun minggu lalu seri 2-2 dalam perlawanan liga di laman sendiri ketika menentang Palermo. 

Satu-satunya yang mencemari rekod Allegri musim ini ialah penyingkiran awal Milan dari saingan Liga Juara-Juara apabila mereka yang menduduki tempat kedua kumpulan selepas tewas kepada Real Madrid, disingkirkan pada peringkat 16 terakhir oleh Tottenham. – AFP

No comments:

Post a Comment