Saturday, 9 April 2011

Kemenangan mudah United, Everton

LONDON - Manchester United terus mengukuhkan cengkaman mereka di persada Liga Perdana England selepas meraih kemenangan 2-0 ke atas Fulham di Old Trafford semalam.
Dimitar Berbatov dan Antonio Valencia menghadiahkan kemenangan bergaya itu apabila masing-masing meledak gol berharga untuk United pada minit ke-11 dan 32.
Kemenangan itu menyaksikan United terus unggul mendahului kedudukan liga dengan 69 mata.

"Kami semakin hampir untuk merealisasikan hasrat menjuarai liga. Kemenangan ini juga membuktikan bahawa United serius dengan sasaran mempertahankan gelaran," kata Berbatov sele- pas perlawanan tersebut.
Pada perlawanan awal, hasrat Wolves untuk keluar dari zon penyingkiran Liga Perdana England terus gagal selepas dibelasah 3-0 oleh Everton di gelanggang keramat mereka di Molineux.
Ia merupakan jaringan kemenangan terbesar pernah dicatatkan oleh Everton dalam saingan liga musim ini.
Kesemua gol Everton itu dihasilkan pada separuh masa pertama menerusi Jermaine Beckford, Phil Neville dan Diniya Bilyaletdinov, sekali gus mengekalkan kedudukan mereka di tempat ketujuh.
Ini merupakan kemenangan keenam berturut-turut diraih oleh skuad bimbingan David Moyes itu.
Bagi pengurus Wolves, Mick McCarthy, kekalahan itu semakin menyukarkan misi mereka untuk terus kekal dalam Liga Perdana musim depan dan selepas aksi semalam, mereka masih menghuni tangga kedua tercorot dengan 32 mata.
Mereka masih ada enam lagi perlawa- nan untuk diharungi. - Agensi

No comments:

Post a Comment