Thursday 21 April 2011

Tidak akan mengikut jejak (2011/04/22)

LONDON: Ketua pasukan Arsenal, Cesc Fabregas tidak akan mengikut jejak langkah rakan senegara dari Sepanyol, Fernando Torres dengan menyertai pasukan Inggeris lain jika tiba masanya dia meninggalkan Emirates.
Musim panas lalu menyaksikan bekas kelab Fabregas, Barcelona gagal membawanya kembali ke Nou Camp dengan bayaran �35 juta (RM173 juta) dan sejak itu masa depannya terus menjadi bahan spekulasi.

Bagaimanapun, yang pasti, pemain berusia 23 tahun itu tidak akan terus tinggal di England jika meninggalkan Arsenal - tidak seperti Torres yang meninggalkan Liverpool untuk Chelsea dalam urusan perpindahan bernilai �50 juta (RM247 juta).
“Jika saya terpaksa meninggalkan Arsenal, sebabnya bukan kerana saya akan bermain untuk satu lagi kelab Inggeris. Itu saya sangat pasti,” kata Fabregas yang mengaku terkejut dengan tindakan Torres beralih kelab.

“Saya tidak dapat bayangkan Torres meninggalkan Liga Perdana dan pasti dia tidak akan meninggalkan kelab pada pertengahan musim.

“Justeru, saya anggap keputusan yang dibuatnya itu tepat.” Fabregas sebelum ini pernah menyuarakan keinginan mewakili Barca, kelab yang ditinggalkan ketika berusia 16 tahun untuk menyertai Arsenal tapi kali ini dia akan bersabar untuk menjulang piala bersama Gunners.
Arsenal gagal muncul juara sejak menjulang Piala FA pada 2005, manakala tempoh tiga tahun kebelakangan ini menyaksikan bakal majikan Fabregas, Barca memenangi lapan piala dan tampak pasti menambah satu lagi musim ini.

“Saya perlu sabar dan tunggu saat yang tepat. Hari saya meninggalkan Arsenal, saya akan buat keputusan dengan menggunakan kepala.

“Selain itu, siapa yang boleh memastikan sama ada anda akan bermain untuk pasukan baru? Atau sama ada kelab yang anda wakili sekarang akan cemerlang. Di sini, saya berdepan peluang besar dan meskipun tidak banyak menang apa-apa, saya masih puas hati.

“Kapten Barcelona, Carles Puyol memberitahu, pada usia 26 tahun, dia belum memenangi apa-apa. Tapi, kini Puyol sudah memenangi segala-galanya dalam dunia bola sepak! Bersabar dan bekerja keras adalah perkara paling penting dalam hidup ini.” - Agensi

No comments:

Post a Comment