Tuesday 26 April 2011

Ketuai cabaran PGA (2011/04/26)

PEMAIN golf profesional negara, Mohd Sukree Othman Rashid adalah antara pemain handalan yang mengesahkan penyertaan dalam kejohanan Golf Jelajah Pembangunan Asia (ADT) Clearwater Masters 2011 di Clearwater Sanctuary Golf Resort (CSGR), Batu Gajah mulai Khamis ini.


Sukree, 35, yang baru muncul juara PGA Klasik Harvard minggu lalu mengetuai cabaran 50 pemain Persatuan Golf Profesional Malaysia (PGA) termasuk S Sivachandran, Airil Rizman, M Sasidaran dan R Nachimuthu.
Pemain negara dijangka menghadapi saingan sengit daripada 150 pemain profesional seluruh dunia termasuk juara ADT Kariza Klasik, Indonesia 2010, Thanyakon Khronpha dari Thailand serta pemain handalan Myanmar, Zaw Moe, TJ Kim (Korea), Hsu Chia-Jen (Taiwan), Rory Hie (Indonesia) serta pemain Jepun, Masaki Sakata dan Takafumi Kawane pada kejohanan tiga hari yang menawarkan hadiah keseluruhan RM225,000 itu. 

Jurucakap kejohanan, Norazam Abd Rahman yakin kejohanan kali pertama anjuran CSGR itu akan berlangsung sengit berdasarkan kelompok pemain yang menyertai kejohanan itu. 

“Ini kali pertama Clearwater menganjurkan kejohanan ini. Berdasarkan nama pemain yang akan hadir, kejohanan ini pasti menarik dan sengit. Peminat golf tempatan beruntung dapat melihat pemain handalan rantau ini beraksi di Clearwater,” katanya.

No comments:

Post a Comment