Thursday 21 April 2011

Piala Regu Terbuka Langkawi (2011/04/22)

KEJOHANAN Sepak Takraw Antara Regu Terbuka Langkawi 2011 merebut Piala Datuk Wan Salleh Wan Isa yang bakal berlangsung pada 30 April dan 1 Mei depan menyediakan ganjaran wang tunai sebanyak RM7,500 sebagai rebutan.
Kejohanan itu dianjurkan Kelab Myvi Langkawi dengan kerjasama syarikat peralatan sukan sepak takraw, Gajah Emas Sdn Bhd di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Langkawi akan bermula pada jam 8 pagi.

Juara akan menerima hadiah RM3,000, naib juara RM2,000 dan ketiga, RM1,000.
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Ridzuan A Razak, berkata kejohanan turut menyediakan hadiah bagi pasukan y6ang menduduki tempat keempat iaitu RM500 manakala regu yang menduduki tempat kelima hingga kelapan masing-masing akan menerima RM250.

Menurutnya, penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia dengan setiap regu dihadkan empat pemain.

“Setiap regu dibenarkan menurunkan hanya seorang pemain yang pernah mewakili negara pada Kejohanan Sukan Sea ataupun Sukan Asia dari 2005 sehingga 2011 dan selebihnya pemain yang pernah menyertai Grand Prix Kebangsaan, Sukan Malaysia, Belia Kebangsaan dan Maksak,” katanya.
Bayaran penyertaan RM150 dikenakan bagi setiap regu dan maklumat lanjut mengenai kejohanan boleh diperoleh daripada Ridzuan menerusi talian 013-4568158 dan 017-4478739 atau Mohamad Rohaizat Busu 017-4356353.

No comments:

Post a Comment