Saturday 9 April 2011

Vettel berada di petak utama GP Malaysia


SEPANG 9 April - Pemandu Red Bull, Sebastian Vettel, menyambar petak utama pada perlumbaan F1 Grand Prix Malaysia di sini esok selepas berjaya melakukan catatan masa terpantas pada sesi kelayakan masa di Litar Sepang hari ini.
Penyandang juara dunia dari Jerman itu mencatatkan masa satu minit 34.870s pada percubaan terakhir, sekali gus menyingkirkan pemandu McLaren Mercedes, Lewis Hamilton, ke tempat kedua dengan kelebihan 0.174 saat.
Vettel, 23, yang memulakan sesi baru F1 musim ini dengan merangkul kejuaraan GP Australia, dua minggu lepas, merangkul petak utama bagi kali ke-17 dalam kariernya dalam sukan itu.
Rakan sepasukannya, Mark Webber, yang melakukan catatan terpantas pada sesi latihan bebas semalam, akan memulakan perlumbaan dari petak ketiga diikuti pemandu McLaren Mercedes Jenson Button.
Webber, yang merampas petak utama di sini tahun lepas, muncul sebagai pemandu ketiga terpantas dengan masa 1:35,179s.
Pada edisi tahun lepas di sini, Vettel dan Webber mencapai kemenangan 1-2 bagi pasukan Red Bull. - Bernama

No comments:

Post a Comment