Saturday 9 April 2011

Afrika Selatan maju ke babak final

KUALA LUMPUR - Afrika Selatan memastikan tempat ke perlawanan akhir Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa dengan kemenangan satu wiket ke atas Malaysia di Bayuemas Oval, semalam.
Bermula dengan baik dengan kedudukan 70-2 dalam 10 over awal, pemukul Malaysia tidak dapat meneruskan keberkesanan di lapangan tengah apabila menamatkan pukulan setakat 156 larian dalam 33.1 over.
Ternyata impian untuk menang dalam perlawanan terakhir musnah sama sekali sesudah aksi kental Matthew Christensen mengumpulkan 71 larian sukar dinafikan oleh barisan pembaling Malaysia. Afrika Selatan memintas angka Malaysia dalam over terakhir.
Pemain serba boleh, Wafiq Irfan Zarbani bergaya mengetuk angka tertinggi bagi Malaysia dengan 46 larian manakala Faiz Ahmad Nasir dengan 28.
"Kami akan memastikan pertemuan menarik dalam babak akhir menentang Sri Lanka kelak," kata ketua kontinjen Afrika Selatan, Ismail Teladia.

No comments:

Post a Comment