Tuesday 3 January 2012

Peluang kedua Rooney (4.1.2012)

MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson sudah bersedia memanggil semula Wayne Rooney untuk pertemuan Liga Perdana menentang Newcastle awal pagi esok selepas secara mengejut tidak menyenaraikan penyerang England itu ketika menentang Blackburn.
Ferguson mendedahkan Rooney akan tersenarai walaupun penyerang itu tidak berada di bangku simpanan ketika juara bertahan itu tewas mengejut 2-3 kepada kelab yang mungkin tersingkir ke liga bawahan, Blackburn di Old Trafford pada malam menjelang tahun baru.

Laporan mendakwa Ferguson mendenda Rooney dan rakan sepasukan, Jonny Evans dan Darron Gibson selepas dilihat bersiar-siar pada malam Boxing Day selain memaksa mereka menjalani latihan di hari cuti pada minggu lalu.
Namun Ferguson bakal memanggil semula Rooney untuk aksi di St James Park apabila berkata kepada stesen radio, Sirius XM kelmarin: “Anderson lebih cergas, dia mengharungi aksi 45 minit Sabtu lalu selepas empat bulan tersisih dan Rooney sudah pasti boleh diturunkan.

“Dia (Rooney) terlepas beberapa sesi latihan. Anda perlu cergas untuk beraksi dalam liga ini, anda tidak boleh terlepas sesi latihan.” Akhbar British melaporkan Rooney didenda selepas beraksi di bawah tahap sepatutnya ketika sesi latihan dan bersiar-siar pada petang Boxing Day bersama isterinya, Coleen serta Evans dan Gibson yang melanggar arahan kelab.

Menurut laporan, Rooney didenda seminggu gaji, �200,000 (RM988,460) dan pemain pertahanan Ireland Utara, Evans serta pemain tengah Ireland, Gibson turut didenda. - AFP

No comments:

Post a Comment