Tuesday 3 January 2012

‘Pengadil tertipu’ (4.1.2012)

LONDON: Kapten Quenns Park Rangers (QPR), Joey Barton mendakwa pegawai perlawanan “tertipu” hingga dia dibuang padang sekali gus menyebabkan kelabnya yang beraksi 10 pemain tumpas 1-2 kepada Norwich di Loftus Road.
Barton menerima kad merah kelima dalam kariernya selepas menolak Bradley Johnson dalam pertembungan antara dua pasukan baru dinaikkan taraf itu selepas dia meletakkan QPR mendahului 1-0.

Johnson terbaring di atas padang sambil menutup mukanya namun pemain tengah QPR itu menegaskan, pengadil tertipu kerana mengarahkan dia keluar padang.
“Pengadil tertipu, mereka tidak melihat insiden itu. Pada mulanya saya ditarik dan kemudian disepak!” jelas Barton menerusi akaun Twitter miliknya sejurus tamat permainan itu.

“Penjaga garisan tidak melihat insiden itu dan hanya nampak reaksi Johnson. Saya tidak menghantuk kepala saya ke arahnya. Keputusan itu mengarut selepas melihat tayangan ulangan sebanyak 25 kali.

“Saya akan memohon maaf jika melakukan kesilapan itu tapi saya tidak menghantuk kepala saya kepada mana-mana pemain.” Pengurus, Neil Warnock percaya pegawai perlawanan tertipu dengan tindakan Johnson.
“Siapa kata penipu tidak berjaya? Johnson berjaya menipu,” kata Warnock. “Keputusan pengadil itu mempengaruhi perlawanan. Kami terjejas dan berasa amat kecewa.” - AFP

No comments:

Post a Comment