Wednesday, 4 January 2012

Liga IPT tambah satu divisyen lagi (5.1.2012)

LIGA Bola Sepak Institut Pengajian Tinggi (Liga IPT) dan saingan Piala Menteri Pengajian Tinggi (Piala MPT) kini kembali dengan penambahan satu lagi divisyen dengan aksi peringkat zon kelayakan bermula 23 Januari ini.
Aksi kelayakan membabitkan tujuh zon itu berlanjutan hingga 4 Mac. Setiap zon disertai lapan pasukan. Zon itu ialah Utara, Tengah 1 dan 2, Selatan, Timur, Sabah dan Sarawak.

Juara bertahan Divisyen Satu dan Piala MPT, UiTM Shah Alam bersama lima lagi pasukan teratas Divisyen Satu musim lalu, Kolej Komuniti Kedah (KKK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Politeknik Kota Bharu (PKB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan kembali bersaing.
Universiti Multimedia (MMU) dan Universiti Malaya (UM) yang muncul juara dan naib juara Divisyen Dua musim lalu akan melengkapkan jumlah lapan pasukan beraksi dalam Divisyen Satu.

Kolej Komuniti Pulau Pinang dan UiTM Sarawak pula yang menduduki dua tangga tercorot Divisyen Satu musim lalu akan bersama enam pasukan lagi, Kolej Komuniti Perak (KKP), Universiti Selangor (Unisel), Universiti Sultan Zainal Abidin (USZA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), UiTM Perlis dan Universiti Teknologi Melaka (UTeM) berentap dalam saingan Divisyen Dua.

Lapan pasukan Divsyen Tiga yang diperkenalkan musim ini membabitkan pasukan yang beraksi pada pusingan akhir zon kelayakan musim lalu.
Mereka adalah Politeknik Sarawak, Kolej Yayasan Sabah, Universiti Sains Malaysia (USM), Kolej Komuniti Pahang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Politeknik Melaka, Politeknik Mukah dan Kolej Komuniti Perlis.

Seperti musim lalu, hanya 16 pasukan teratas Divisyen Satu, lima teratas Divisyen Dua, juara dan naib juara Divisyen Tiga serta pemenang play-off antara tempat ketiga Divisyen Tiga menentang juara Zon Kelayakan musim ini layak ke aksi kalah mati bagi merebut Piala MPT yang berlangsung pada Mei.
UiTM Shah Alam muncul juara Piala MPT selepas menewaskan KKK 5-4 menerusi penentuan penalti.

No comments:

Post a Comment