Wednesday, 4 January 2012

Juventus ikat Boriello (5.1.2012)

TURIN: Pendahulu bersama Serie A, Juventus sah mengikat penyerang Marco Boriello dari AS Roma, demikian menurut kelab dari Turin itu dalam laman web mereka (www.juventus.com) semalam.
Juve yang masih belum tewas dalam saingan Serie A kini mempunyai jumlah mata yang sama dengan AC Milan, 34 mata berada di kedudukan teratas berkata persetujuan sudah dicapai dengan Roma termasuk tawaran membeli pemain berusia 29 tahun itu pada penghujung musim dengan bayaran RM32.687 juta (AS$10.4 juta) itu.

Boriello mempunyai tujuh kap bersama pasukan kebangsaan Itali hanya beraksi sebanyak tujuh kali buat Roma musim ini.
Penyerang itu bukan lagi menjadi pilihan jurulatih Luis Enrique dalam kesebelasan utama, sebaliknya Pablo Osvaldo menjadi keutamaan.

Boriello dibesarkan di Milan tetapi kerjayanya mula berkembang di Triestina bersama pasukan Treviso, kemudian Empoli, Reggina, Sampdoria, Genoa serta kembali ke Milan dan Roma.

Musim paling gemilang baginya adalah ketika bersama Genoa apabila menjaringkan 19 gol pada musim 2007-2008.
Kehebatannya terus terpancar ketika beraksi dengan Milan apabila menjaringkan 17 gol.

Juventus kerap mensia-siakan peluang di depan gawang dan penyerang mereka Milos Krasic nampaknya gagal beraksi cemerlang musim ini. - Reuters

No comments:

Post a Comment