Tuesday 3 January 2012

Madzli ambil keputusan barsara tahun ini (4.1.2012)

SELEPAS hampir 14 tahun mengerah keringat untuk skuad hoki negara, pemain pertahanan, Mohd Madzli Ikmar Mohd Nor akhirnya mengambil keputusan untuk bersara pada tahun ini.
Namun tarikh sebenar persaraannya itu bergantung kepada pencapaian skuad negara pada pusingan kelayakan Sukan Olimpik pada Mac depan di Dublin, Ireland.

“Andai skuad negara layak ke Sukan Olimpik, saya akan membuat penampilan terakhir di London sebelum terus bersara tetapi jika kami tidak layak, saya akan terus mengundurkan diri.
“Tetapi ini (andai tidak layak) bukanlah sesuatu yang saya mahukan sebelum bersara, sebaliknya saya harap dapat beraksi di pentas Sukan Olimpik untuk menjadi kenangan paling indah sebelum bersara,” katanya.

Jelas pemain berusia 32 tahun itu, sudah cukuplah sumbangannya kepada skuad negara selama ini dan selepas ini, dia mahu menumpukan perhatian sepenuhnya kepada kerjaya dan keluarga.

“Saya sudah fikir masak-masak tentang perkara ini (bersara), malah saya sudah berbincang dengan keluarga dan juga pengurusan skuad negara sebelum membuat keputusan ini.
“Saya sudah bersama skuad negara sejak 1998 dan inilah masa terbaik untuk saya mengundur diri bagi memberi peluang kepada pemain muda untuk menunjukkan keupayaan mereka,” katanya.

Ditanya adakah dia berasa puas sepanjang menyarung jersi skuad negara, jawab Mohd Madzli: “Ya, saya fikir sudah cukuplah apa yang saya lakukan selama ini. Sayapun sudah merasai suasana beraksi di Sukan Olimpik pada edisi 2000, tetapi kalau boleh saya mahu merasainya lagi sebelum bersara.”

No comments:

Post a Comment