Wednesday 4 January 2012

Kejohanan jalin ukhwah KPT, media (5.1.2012)

KEMENTERIAN Pengajian Tinggi dengan pengendalian Bahagian Sukan KPT buat pertama kalinya menganjur Kejohanan Tenpin Boling Media-KPT 2011 yang berlangsung di Alamanda Putrajaya, 24 Disember lalu.
Kejohanan yang bertujuan meraikan pihak media dan wartawan ini dilihat sebagai usaha pihak KPT untuk menjalin hubungan erat di kalangan pihak warga kerja KPT, khususnya Bahagian Sukan dengan rakan media yang banyak membantu KPT mempromosikan aktiviti dan penganjuran sukan KPT sepanjang 2010 dan tahun lalu. Selain itu, kejohanan itu akan digunakan sebagai platform awal KPT menerusi Bahagian Sukan untuk mempromosikan pelbagai aktiviti berteraskan sukan bagi 2012-2013 kelak. Di samping itu, penganjuran ini juga antara usaha KPT terhadap dokongan bagi penganjuran program pembangunan sukan di samping meningkatkan reputasi KPT di kalangan pihak rakan media. Walaupun pertama kali dianjurkan, kejohanan di Alamanda, Putrajaya itu tetap meriah dengan lebih 100 penyertaan penyertaan membabitkan kakitangan KPT dan petugas media tempatan. Pelbagai gelagat menarik dapat dilihat sepanjang pertandingan empat kategori membabitkan Individu Media/KPT Lelaki dan Wanita, Jemputan dan ‘VIP’ serta Berpasukan Media / KPT.

Abd Rani Abdul dari Berita TV RTM menjuarai kategori Individu Media/KPT Lelaki dengan 537 jatuhan pin diikuti Razali Mohamad (Berita Publishing B) dan Ahmad Nor Azmi (Berita Publishing A) manakala Nor Lida Mas’od (Berita Publishing A) dinobat juara kategori Wanita diikuti Liza Habib (Berita Harian) dan Maznah Abu Bakar (Bernama).
Dalam kategori Berpasukan Media/KPT, Berita Publishing A unggul dengan 1,844 jatuhan pin, diikuti Berita TV RTM (1,808) dan Bernama TV (1,761).

Kejohanan yang berlangsung dengan meriahnya ini menyaksikan Ketua Setiausaha KPT, Datuk Ab Rahim Md Noor muncul juara Kategori Jemputan dan VIP dengan 413 jatuhan pin diikuti Tony Azman Hassan (409) dan Ahmad Naim Ismail (406) di tempat ketiga.

Majlis perasmian dan penutup kejohanan disempurnakan Ab Rahim. Kejohanan turut menawarkan 50 hadiah cabutan bertuah serta hamper.

No comments:

Post a Comment