Wednesday 4 January 2012

QPR rayu batal kad merah Barton (5.1.2012)

LONDON: Queens Park Rangers (QPR) mengemukakan rayuan terhadap insiden kad merah yang dilayang kepada kapten Joey Barton ketika pasukannya tewas 1-2 kepada Norwich di tempat sendiri pada saingan Liga Perdana Inggeris, Isnin lalu.
“QPR sudah mengemukakan rayuan rasmi kepada Persatuan Bola Sepak (FA) England untuk Barton yang dibuang padang ketika menentang Norwich. Kelab tidak akan membuat sebarang kenyataan rasmi lagi,” umum kelab itu.

No comments:

Post a Comment