PASUKAN bola sepak Rumah Budak Laki-Laki Tun Abdul Aziz (RBL) Durian Daun, Melaka menewaskan Kelab Melaka Baru FC 4-2 dalam aksi persahabatan di Batu Berendam, Melaka baru-baru ini.
Perlawanan itu sebagai pendedahan buat pemain RBL mendekati rakan sebaya sebagai komuniti aktif walaupun diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Jurulatih RBL, Zaihairi Zailani berkata, walaupun pemain mereka adalah anak yatim dan kurang bernasib baik, semua pasukan memberi sokongan.
Katanya, selain itu tujuan perlawanan adalah bagi mengeratkan hubungan selain pendedahan dan meningkatkan kemahiran pemain.
No comments:
Post a Comment