Tuesday 3 January 2012

Nasser padam kecewa saingan pembukaan (4.1.2012)

SAN RAFAEL (Argentina): Juara bertahan rali Dakar dari Qatar, Nasser Al-Attiyah bangkit daripada ketinggalan 10 minit pada peringkat pertama apabila mengungguli peringkat dua.
Pelumba berusia 31 tahun yang berdepan masalah enjin Hummernya pada saingan pembukaan, menewaskan pelumba Mini, Stephane Peterhansel dari Perancis dengan kelebihan 54 saat pada saingan sejauh 290km bermula di Santa Rosa de la Pampa.

Peterhansel juara enam kali motosikal Dakar dan tiga kali dalam perlumbaan kereta bagaimanapun mendahului perlumbaan, mengatasi rakan sepasukan Nasser, Robby Gordon dari Amerika Syarikat. Nasser yang melonjak ke kedudukan keenam memenangi perlumbaan meskipun cerminnya pecah dan mengaku dia perlu memandu lebih berhati-hati pada peringkat seterusnya.
“Cermin tingkap pecah dan ia sukar kerana perlu mengambil masa memintas kereta lain,” katanya yang memulakan perlumbaan di kedudukan ke-38.

“Kami mempunyai banyak strategi dan yang penting, kami masih lagi berada dalam saingan ini.

“Bagaimanapun kami perlu lebih bijak,” katanya.
Peterhansel berkata, dia tidak berpeluang menjarakkan kedudukan dengan pesaingnya.

“Permulaan yang pantas dan kami tidak mungkin mampu memintas pelumba lain,” katanya yang berusia 46 tahun.
“Kami berasa lebih baik pada hujung perlumbaan apabila keadaan laluan mula berbonggol dan lebih sukar ketika berada di sekitar bukit pasir,” kata nya. - AFP

No comments:

Post a Comment