Wednesday 4 January 2012

Terry sokong AVB sepenuhnya (5.1.2012)

LONDON: Kapten Chelsea, John Terry (gambar) menegaskan pengurus Andre Villas-Boas mendapat sokongan penuhnya selepas laporan mendakwa kapten England itu adalah salah seorang pemain senior yang sudah tidak sehaluan dengan bos dari Portugal itu.
Reputasi Villas-Boas sebagai salah seorang pengurus muda terbaik dunia bola sepak tergugat sejak tiba di Stamford Bridge apabila Chelsea tewas empat aksi Liga Perdana sehingga kini menyebabkan harapan meraih kejuaraan terancam.

Namun pengurus berusia 34 tahun itu tetap menikmati kemenangan 2-1 yang membangkitkan moral mereka ke atas Wolves, Isnin lalu.
Laporan berhubung perpecahan antara Terry dan Villas-Boas bermula apabila pertahanan tengah itu tidak meraikan jaringan bersama pengurus dan rakan sepasukan selepas Ramires meletakkan pelawat mendahului 1-0 di Molineux.

Bagaimanapun Terry menegaskan tiada sebarang maksud dengan tingkah lakunya itu.

“Saya menyokong pengurus seratus peratus,” katanya kepada London Evening Standard. “Tiada sebarang masalah di belakang tabir.
“Pengurus sudah membuat penjelasan bahawa pemain yang terus kekal akan berada di sini dan yang tidak mahu boleh berhijrah.” - AFP

No comments:

Post a Comment