Wednesday, 4 January 2012

Tiket mula dijual hari ini (5.1.2012)

PEMINAT bola sepak di Negeri Sembilan boleh mendapatkan tiket perlawanan Piala Sumbangsih antara Negeri Sembilan dengan Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil, bermula hari ini.
Menteri Besar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tiket berharga RM15 bagi tempat duduk terbuka dan RM30, tempat duduk berbumbung akan dijual di kaunter tiket di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.

Perlawanan Negeri Sembilan, Kelantan bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah berlangsung jam 8.45 malam Sabtu ini.
Katanya, bagi mengelak kesesakan, pihaknya juga akan menjual tiket di daerah-daerah bagi memudahkan peminat membelinya.

Setiap individu hanya dibenarkan membeli lima tiket bagi mengelak kegiatan ‘ulat tiket’.

Mohamad berkata, pihaknya berharap penyokong skuad Hoben Jang Hoben akan memenuhi stadium bagi memberi sokongan kepada pasukan bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah itu.
“Saya harap penyokong Negeri Sembilan datang beramai-ramai ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk memastikan kami menang dan menjulang piala pertama musim ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment