Tuesday 3 January 2012

Wei Zhong juara Bawah 17 tahun (4.1.2012)

PELATIH Persatuan Badminton Negeri Perlis (PBNPs), Chee Wei Zhong dinobat juara kategori perseorangan lelaki Bawah 17 Tahun Kejohanan Badminton Tertutup Remaja Perlis 2011 di Kangar, baru-baru ini.
Pada kejohanan di Dewan Badminton Perlis, Kangar itu, Wei Zhong terpaksa mengerah kudrat sebelum menundukkan rakan sepelatih di pentas akhir, Wong Khai Jun, 21-18, 21-19.

Di separuh akhir, Wei Zhong yang juga pilihan pertama menewaskan Amir Syazwan Al-Razi (pilihan 3/4), 21-14, 18-21, 21-9 manakala Khai Jun (pilihan kedua) menamatkan cabaran Wahidi Yusri (pilihan 3/4), 21-9, 21-13.

Sementara itu bagi kategori perseorangan perempuan pula, pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), Lee Tong Xing (PBNPs) mudah mengatasi Lee Hwei Ru (pilihan 3/4), 21-16, 21-7 untuk bergelar juara.

Di separuh akhir, Tong Xing yang juga pilihan pertama mudah mengatasi Anis Asmiza Ramli (pilihan 3/4) 21-6, 21-5 untuk berdepan Hwei Ru di pentas akhir yang menumpaskan Siti Aishah Abd Rani, 21-2, 21-2.

Wei Zhong mencipta kejayaan berganda apabila mengungguli beregu lelaki berpasangan dengan Khai Jun menumpaskan pasangan Chang Yee Siang-Tan Yih Han (pilihan kedua), 23-25,21-13, 21-10.


Pasangan Hwei Ru-Tong King (pilihan pertama) menjuarai beregu perempuan menumpaskan pasangan Anis Asmiza-Nurul Ameera, 21-6, 21-5.

Sementara itu kategori perseorangan lelaki Bawah 15 Tahun pula milik pelatih PBNPs, Chong Yee Siang yang juga pilihan pertama selepas menewaskan Tan Yih Han (pilihan 3/4) dari Kuala Perlis, 21-14, 21-18.

Farhana Noreliana dari Kangar, pilihan kedua kejohanan pula mengungguli kategori perempuan selepas menumpaskan pencabarnya, Saw Khai Khai, 21-3, 21-7.

No comments:

Post a Comment