Wednesday 4 January 2012

Dalglish pertahan tindakan Liverpool (5.1.2012)

MANCHESTER: Kenny Dalglish mempertahankan cara Liverpool mengendalikan situasi Luis Suarez selepas kelab itu mengumumkan tidak membuat rayuan terhadap penggantungan lapan perlawanan yang dikenakan ke atas penyerang Uruguay itu kerana isu perkauman dengan Patrice Evra.
Tempoh penggantungan Suazrez bermula di Eastlands awal pagi semalam dan pemain itu terlepas aksi ketika Liverpool tewas 0-3 kepada pendahulu liga, Manchester City.

Liverpool dan Suarez mengeluarkan kenyataan sebelum perlawanan namun dikritik kerana tidak mengandungi sebarang perkataan yang boleh dianggap sebagai permohonan maaf atau pengakuan bersalah.
Namun Dalglish tidak mengubah pendirian berhubung cara kelabnya mengendalikan perkara itu dan sekali lagi memberikan sokongan penuh kepada Suarez yang terlepas separuh akhir Piala Liga menentang City dan akan kembali apabila menentang Tottenham pada 6 Februari.

“Jika anda bertanya pakar bahasa, yang sudah pastinya bukan saya, mereka akan berkata, di tempat asal Suarez di Uruguay, ia boleh diterima umum,” kata Dalglish berhubung perkataan “negro” yang diutarakan Suarez terhadap Evra.

“Kami sudah membuat kenyataan dan ia boleh dibaca semua orang. Luis sudah membuat kenyataan yang bijak dan kami menyokongnya”. - AFP

No comments:

Post a Comment