Tuesday 3 January 2012

Beckham kekal di Los Angeles (4.1.2012)

PARIS: David Beckham tidak akan menyertai Paris Saint Germain (PSG) sebaliknya akan terus kekal di Los Angeles, umum kelab bola sepak Ligue 1 yang sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan pemain itu.
“Perkara ini sudah disahkan,” kata sumber PSG kepada Reuters apabila ditanya mengenai perpindahan itu.

Bekas kapten England itu dikaitkan dengan kemungkinan berhijrah ke Ligue 1 yang disokong Qatar bulan lalu apabila kontraknya bersama Los Angeles Galaxy tamat 31 Disember lalu.
“David Beckham kini berada di Los Angeles dan akan terus menetap di sana,” kata Presiden PSG, Nasser al-Khelaifi kepada stesen radio Perancis, RMC.

Media British memetik Pengarah Kesukanan PSG, Leonardo sebagai berkata keputusan Beckham itu dibuat atas alasan keluarga.

“Segala-galanya sudah berakhir. Agak mengecewakan. Tapi kebajikan keluarganya di Los Angeles serta keinginan untuk tidak mengubah kehidupannya, membuatkan keputusan itu diambil,” kata bekas pemain antarabangsa Brazil itu. - Reuters

No comments:

Post a Comment