Friday 6 January 2012

YU FC tebus hampa (6.1.2012)

PASUKAN Youth United (YU FC) muncul juara Kejohanan Bawah 17 Tahun selepas menewaskan Suria FC, 2-1 di Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit, Melaka baru-baru ini.
Kemenangan itu membolehkan mereka meraih wang tunai RM2,000 manakala Suria FC RM1,000 bersama hadiah iringan.

Aksi menarik YU FC bermula selepas menjinakkan juara bertahan, Arena FM, 2-1 di separuh akhir.
Arena FM yang memiliki banyak peluang menghasilkan jaringan nyata tidak bernasib baik untuk mempertahankan kejuaraan namun tetap ceria selepas menumpaskan SM Seri Kota, 3-1 pada penentuan tempat ketiga.

Sementara itu, pengurus YU FC, Ibrahim Nordin berkata, kejayaan itu amat membanggakan selain menebus kehampaan tewas kepada Arena FM di separuh akhir tahun lalu.

Sebanyak tujuh pasukan bersaing termasuk RBL FC, Melaka Baru serta skuad Subang Jaya.

No comments:

Post a Comment