Wednesday 4 January 2012

McLeish desak Stevens cemerlang (5.1.2012)

BIRMINGHAM (England): Pengurus Aston Villa, Alex McLeish mencabar pemain baru Enda Stevens supaya mempamerkan kemampuannya apabila meninggalkan Liga Ireland dan menyertai Liga Perdana.
Pemain pertahanan kiri skuad Bawah 21 Tahun Republik Ireland itu menjadi pemain pertama dibeli Villa dalam tempoh perpindahan pemain Januari ini selepas persetujuan kontrak tiga tahun setengah tercapai bersama bekas kelab Stevens, Shamrock Rovers.

“Kami gembira kerana memiliki pemain baru dan Stevens adalah pemain berpotensi besar,” kata McLeish.
“Dia muda. Kami sangat berminat dengannya dan membuat keputusan untuk menawarkan kontrak kepadanya,” kata bekas pemain pertahanan tengah Aberdeen dan Scotland itu “Kini terpulang kepada Stevens untuk beraksi dengan baik untuk saya menurunkannya dalam perlawanan. Kami harap dia cepat menyesuaikan diri dan bersaing merebut tempat dengan Stephen Warnock.” Stevens, pemain kelahiran Dublin menyertai Rovers pada Disember 2009 dan membantu mereka menjuarai liga selepas tamat musim pertamanya.

Kini dia menyertai Villa yang membariskan beberapa pemain antarabangsa Republik Ireland dan Stevens berkata: “Ia perpindahan yang amat saya impikan. Mimpi saya kini menjadi kenyataan. - AFP

No comments:

Post a Comment