Wednesday 4 January 2012

Beckham tak pasti kekal di LA (5.1.2012)

LOS ANGELES: David Beckham mungkin tidak akan berhijrah ke Paris Saint-Germain tetapi dia juga tidak pasti sama ada akan kembali beraksi bersama juara Major League Soccer (MLS), Los Angeles Galaxy.
Tim Leiweke, ketua eksekutif AEG iaitu pemilik kelab Galaxy, berkata masih belum terdapat perbincangan mengenai lanjutan kontrak Beckham meskipun Galaxy mahu mengekalkan pemain itu.

“Banyak cerita yang terpampang di muka depan akhbar di Eropah ialah dia mahu berhijrah ke Paris.
“Saya beritahu setiap orang yang saya tidak menghiraukan sangat mengenai spekulasi ini.

“Dan kini ceritanya ialah dia akan kekal di Galaxy.

“Kami sudah berbincang dengan Beckham untuk kekal bersama dengan Galaxy selama tiga bulan. Dan saya sudah beritahu sejak November lalu, saya yakin Beckham akan kekal, begitu juga pendirian saya ketika ini. “Adakah ketika ini kami menuju ke arah yang betul? Jawapannya ya. Adakah segala-galanya sudah selesai? Tidak.” Kontrak bekas kapten England itu tamat Disember lalu, sebulan selepas dia membantu pasukannya memenangi Piala MLS. - AFP

No comments:

Post a Comment