Wednesday 4 January 2012

Kejutan tempoh 10 minit (5.1.2012)

MADRID: Juara bertahan Real Madrid meledak tiga gol dalam masa 10 minit di Bernabeu semalam untuk menyelamatkan mereka dari ambang kekalahan ketika menewaskan Malaga 3-2 dalam aksi pertama saingan pusingan kelima Piala Raja Sepanyol.
Jurulatih Real Jose Mourinho memberi amaran kepada pemain-pemainnya dalam bilik persalinan selepas separuh masa pertama berakhir dan melakukan tiga pertukaran selepas ketinggalan 0-2.

Dua daripada gol itu adalah hasil daripada jaringan dua pemain gantian Sami Khedira, minit ke-68 dan Karim Benzema, m-78 manakala satu lagi disumbangkan Gonzalo Higuain m-70 yang membuatkan Real bangkit melawan.
“Saya beritahu pemain pada rehat separuh masa bahawa saya mahu menukar semua 11 pemain jika boleh,” kata Mourinho kepada wartawan.

“Saya memang mahu melakukan pertukaran sebelum rehat permainan tapi saya tidak gemar melakukannya.” Sebelum perlawanan itu, beberapa lagi pasukan ‘underdog’ mencatat kejutan pada saingan Piala Raja Sepanyol kali ini.

Pasukan divisyen tiga Mirendes yang menyingkir Villareal pada pusingan sebelum ini, beroleh kelebihan pada perlawanan pertama apabila menang 2-0 ke atas Racing Santander.
Pasukan divisyen dua Albacete pula mengikat Athletic Bilbao 0-0 manakala Alcorcon yang menyingkir Real Zaragoza bulan lalu mencapai kemenangan 2-1 ke atas pasukan di tangga keempat La Liga, Levante. - Reuters

No comments:

Post a Comment