Wednesday 4 January 2012

Gattuso sudah pulih (5.1.2012)

TURIN: Pemain tengah kental AC Milan, Gennaro Gattuso (gambar) yang diketepikan sejak September lalu kerana kecederaan mata sehingga masa depannya dikatakan tergugat, akan membuat penampilan pertama pada perlawanan persahabatan menentang Paris St Germain.
“Dia nampaknya boleh beraksi dan kini berada di tahap terbaik untuk sekurang-kurangnya selama tempoh 45 minit,” kata jurulatih Massimiliano Allegri kepada media Itali di Dubai, venue yang akan menemukan pasukan itu dengan kelab dari Perancis.

Gattuso, 33, berdepan masalah di urat deria keenam di kawasan tengkoraknya iaitu salah satu otot pada tengkorak yang mengawal pergerakan mata.
Pada 9 September lalu, dia beraksi selama 20 minit ketika menentang Lazio yang berkesudahan 2-2 sebelum bertembung dengan rakan sepasukan Alessandro Nesta.

Gattuso sudah berjumpa dengan ramai pakar sebelum dibenarkan kembali berlatih pada November. -Reuters

No comments:

Post a Comment