Tuesday, 3 January 2012

Crouch kembali berbisa (4.1.2012)

BLACKBURN: Peter Crouch kembali menemui sentuhan jaringan untuk membantu Stoke menewaskan Blackburn Rovers 2-1, semalam dan membawa tuan rumah kembali ke dunia realiti selepas menumpaskan Manchester United, hujung minggu lalu.
Crouch yang tidak lagi menjadi pilihan jurulatih England, Fabio Capello meledak gol pada minit ke-17 dan 45 untuk mengumpul 101 gol sepanjang kariernya dan membolehkan Stoke kekal di tangga kelapan.

Penyerang Scotland, David Goodwillie mengurangkan defisit namun Blackburn gagal berkongsi mata dan kekal di tangga kedua terbawah.
Mereka mungkin tersungkur ke tempat terbawah jika Bolton menewaskan Everton awal pagi esok.

Blackburn bermula dengan baik, selepas seri di Liverpool dan menewaskan United, 3-2 di Old Trafford, Sabtu lalu apabila pertahanan antarabangsa Congo yang ingin berhijrah, Chris Samba menggegar palang dan satu gol lagi dibatalkan.

Stoke menghukum tuan rumah apabila Crouch menolak masuk hantaran Dean Whitehead yang melepasi pertahanan Blackburn dan bekas penyerang Portsmouth dan Spurs itu menambah gol kedua apabila menyudahkan hantaran silang Matt Etherington pada hujung babak pertama.
Blackburn bangkit pada separuh masa kedua dengan bekas bintang Dundee United, Goodwillie mengurangkan defisit dan tuan rumah hampir menyamakan kedudukan namun Jonathan Woodgate bertindak cemerlang untuk menafikan rembatan Ayegbeni Yakubu. - AFP

No comments:

Post a Comment