Wednesday 4 January 2012

Holowczyc kuasai hari ketiga (5.1.2012)

SAN JUAN (Argentina): Pemandu berasal dari Poland, Krzysztof Holowczyc mengambil alih kedudukan sebagai pendahulu Rali Dakar selepas peringkat ketiga dalam perlumbaan yang dimenangi oleh rakan pasukan dari Sepanyol yang memandu Mini, Nani Roma.
Ia bukan satu hari yang baik buat pendahulu terdahulu, juara juara enam kali motosikal Dakar dan tiga kali kategori kereta dari Perancis, Stephane Peterhansel.

Dia berdepan masalah tayar pancit dua kali mengakibatkan dia ketinggalan enam minit di belakang Roma sekali gus tergelincir ke kedudukan kelima keseluruhan.
Roma mencatat 2 jam 26 minit dan 51 saat dalam saingan sejauh 208 km, mempunyai kelebihan 1 minit 9 saat di hadapan Holowczyc sementara juara bertahan dari Qatar, Nasser Al-Attiyah yang menggunakan jentera Hummer berada di kedudukan ketiga, ketinggalan 1 minit 29 saat.

Terdahulu juara tiga kali dari Perancis, Cyril Despres meraikan kemenangan peringkat ketiga saingan motosikal dengan jarak sejauh 270km.

Despres yang bermula agak perlahan di awal perlumbaan bangkit untuk mengatasinya pada Isnin lalu, mengambil alih kedudukan sebagai pendahulu perlumbaan ketika pesaing utama yang juga rakan pasukan KTM dan juara bertahan, Marc Coma dari Sepanyol berdepan kesukaran untuk menamatkan saingan.
Dia sekadar menduduki tempat ketujuh, ketinggalan 13 minit di belakang juara peringkat. - AFP

No comments:

Post a Comment