Saturday 14 May 2011

Tidak gentar jumpa Djokovic (15/05/2011)

Pemain No-1 dunia tak akan tunduk kepada bintang Serbia itu di Rome Masters

ROME: Walaupun tewas tiga kali dalam perlawanan akhir kepada Novak Djokovic, Rafael Nadal sama sekali tidak akan tunduk kepada pemain Serbia itu di Rome Masters. 

Nadal melabelkan Djokovic sebagai pilihan di Rome selepas lawan berkenaan mempamerkan peningkatan kemenangan tahun ini kepada 35 perlawanan tetapi pemain Sepanyol itu yakin menamatkan pencapaian seterunya itu.


Nadal yang tampak akan mengembalikan status nombor satu untuk Terbuka Perancis selepas bergelut sebelum menewaskan pemain Croatia, Marin Cilic di suku akhir kejohanan di sini, kelmarin bertemu Richard Gasquet di kelompok empat terakhir manakala Djokovic pula berentap Andy Murray.


“Dia bermain baik dan mungkin dia menjadi pemain pilihan untuk semua perlawanan tahun ini,” kata Nadal. 

“Dia menumpaskan saya di Indian Wells, di Miami dan juga di Madrid tetapi semua perlawanan itu sudah berlalu. Saya menanti-nantikan untuk bermain dengannya di final.” 

Djokovic menang enam kejohanan sebelum ini memecahkan tradisi pertemuan Nadal-Federer. “Dia menewaskan saya tiga kali dan ia boleh berlaku. Saya tidak tahu berapa kali dia menewaskan saya sebelum ini,” kata Nadal yang mempunyai rekod 16 kemenangan dan 10 kekalahan kepada jejaka berusia 23 tahun itu. 

Nadal yang digelar ‘raja tanah liat’ tewas kepada Djokovic untuk pertama kali di gelanggang tanah merah di Sepanyol. Pemain Sepanyol itu memegang gelaran Grand Slam sebanyak sembilan kali termasuk lima di gelanggang tanah liat Roland Garros, manakala Novak memegang dua gelaran slams di Terbuka Australia 

No comments:

Post a Comment