Saturday 21 May 2011

Berjuang tentukan hidup mati dalam EPL (21/05/2011)

LONDON: Lima pasukan akan berjuang menentukan hidup mati mereka dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) esok pada ketika persaingan liga tiba ke perlawanan terakhir, sekali gus menyaksikan saingan menyelamatkan diri daripada tersingkir yang paling sengit dalam EPL sejak beberapa tahun lalu. 

Selepas Manchester United mengesahkan keunggulan dengan rekod 19 kejuaraan, hari terakhir musim 2010/2011 kini didominasi saingan di kelompok bawah dengan hanya satu mata membezakan lima pasukan.
West Ham adalah pasukan pertama tersingkir selepas tewas kepada Wigan Ahad lalu, dan kini Blackburn, Wolves, Birmingham, Blackpool serta Wigan berdepan perlawanan terakhir yang mendebarkan.


Bagi Wolves dan Blackburn, yang bertemu sesama sendiri di Molineux, perkiraannya mudah: kemenangan akan memastikan mereka terus kekal dalam EPL untuk musim depan. Kedua-dua pasukan berada di atas zon penyingkiran dengan 40 mata, diikuti Birmingham, Blackpool dan Wigan yang masing-masing mengumpul 39 mata. 

Nasib Birmingham, Blackpool dan Wigan pula akan turut bergantung kepada keputusan perlawanan-perlawanan lain. - AFP 

No comments:

Post a Comment