Sunday 22 May 2011

Boleh jadi nadi penting kejayaan Red Devils (23/05/2011)

MANCHESTER: Park Ji-Sung mampu memainkan peranan penting kepada Manchester United dalam final Liga Juara-Juara Eropah menentang Barcelona, menurut bekas bintang Old Trafford, Nicky Butt. 

Ketika United memenangi final Liga Juara-Juara 1999, dengan Paul Scholes dan Roy Keane kedua-duanya digantung, Butt menjadi nadi penting United di bahagian tengah.
Sehubungan itu, dia percaya Park mampu menjadi nadi penting mengekang pergerakan Lionel Messi, Andres Iniesta dan Xavi apabila mereka bertemu gergasi Sepanyol Barcelona di Wembley, Sabtu ini.
“Park memiliki musim luar biasa,” kata Butt. “Dia mengalami kecederaan selepas kembali daripada Piala Asia tetapi sejak itu dia menunjukkan peningkatan dan bermain baik. 

“Sikapnya selaku pemain begitu menakjubkan. Dia boleh menjejaskan rentak lawan dan melakukan hantaran mudah,” tambah Butt. “Tetapi dia juga mempunyai tenaga membantu penyerang dan menjaringkan gol penting. “Park antara pemain yang sukar ditandingi kerana dia berlari tanpa henti. 

“Jelas Barcelona mempunyai pemain yang luar biasa di kalangan mereka, tetapi lawan itu tidak suka bermain menentang Park.” - AFP 

No comments:

Post a Comment