Wednesday 18 May 2011

Ganti Jepun sertai Copa America (19/05/2011)

SAN JOSE: Costa Rica bersetuju menerima jemputan bagi menggantikan Jepun di kejohanan Copa America, kata presiden Persekutuan Bola Sepak negara Amerika Tengah, Eduardo Li, kelmarin. 

“Kami membuat keputusan untuk mengambil bahagian di Copa America,” kata Li yang skuadnya akan mengisi satu daripada dua tempat untuk pasukan jemputan pada kejohanan 1-14 Julai itu.
“Kami akan menyenaraikan skuad Olimpik, iaitu skuad bawah 23 tahun yang diperkuatkan lima pemain melebihi usia 23 tahun.”


Jepun menarik diri kelmarin selepas gagal mendapatkan pelepasan untuk pemainnya yang berpangkalan di Eropah dan berdepan masalah dengan kelab Liga-J yang musim kejohanannya dilanjutkan sehingga Julai berikutan gempa bumi dan tsunami yang melanda negara itu Mac lalu. - Reuters 

No comments:

Post a Comment