Monday 16 May 2011

Juarai peringkat ke-8 Giro d’Italia (16/05/2011)

TROPEA (Itali): Pelumba pasukan Farnese, Oscar Gatto dipaksa bekerja keras sebelum menjuarai peringkat kelapan jelajah berbasikal Giro d’Italia selepas diasak pada penghujung perlumbaan oleh pelumba pilihan, Alberto Contador, kelmarin. 

Gatto menyerang pada pendakian terakhir dengan hanya Contador mengekori daripada kelompok peloton.


“Saya pelumba pecut namun gemar untuk menamatkan perlumbaan seperti ini, mendaki sedikit bukit dan secara teknikalnya sukar,” kata Gatto.


“Saya sedikit bimbang kerana sedar tenaga saya makin kurang untuk bersaing dengannya namun apabila saya lihat sekali lagi ketika hampir di garisan penamat, saya sedar saya akan menang dan mula meraikannya.” 

Begitupun, pelumba Jerman dari pasukan Rabobank, Pieter Weening terus mengekalkan jersi pendahulu merah jambu buat hari ketiga berturut-turut manakala Contador mendaki ke tangga kedua keseluruhan dengan ketinggalan hanya 13 saat. - AP 

No comments:

Post a Comment