Monday 16 May 2011

Tiket laris dijual dalam tempoh sejam (17/05/2011)

SEJUMLAH 8,000 tiket perlawanan kedua separuh akhir Piala FA antara Terengganu-Pahang di Stadium Ismail Nasiruddin Shah habis dijual dalam tempoh dua jam saja selepas kaunter dibuka. 

Peminat, terutama penyokong pasukan “'Peteh” mengerumuni kaunter tiket sejak awal pagi walaupun kaunter hanya dibuka jam 9 pagi.


Pengurus pasukan Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh berkata sejumlah 2,000 lagi tiket dijual di kaunter di stadium berkenaan jam 3 petang, semalam.


“Bagi yang tidak sempat mendapatkan tiket pagi tadi, kita akan jual 2,000 lagi tiket petang ini. Kita yakin dalam masa satu jam semua tiket itu akan habis,” katanya, semalam. 

Katanya harga tiket bagi perlawanan Piala FA dinaikkan daripada RM10 ke RM12 bagi tempat duduk tanpa bumbung dan RM25 bagi tempat duduk berbumbung serta bagi tempat duduk pentas utama berbanding RM20 sebelum ini. 

Jelasnya, harga tiket terpaksa dinaikkan berikutan kos perkhidmatan yang agak tinggi memandangkan ia adalah perlawanan separuh akhir. 

No comments:

Post a Comment