Monday 16 May 2011

Tekad mahu pertahan jawatan (17/05/2011)

SETIAUSAHA Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi menyatakan hasrat mengekalkan kerusi panas disandang sejak 19 tahun lalu pada pemilihan pucuk pimpinan penggal 2011/2013 pada 18 Jun ini. 

Kok Chi yang akan mencecah usia 73 tahun berkata apa pun dia akan membuat pertimbangan terlebih dulu mengenai perkara berkenaan dan mahu melihat jika terdapat calon yang mahu ‘mencabar’ jawatan dipegangnya itu sejak 1992.


“Saya akan mempertahankan jawatan tetapi ia berdasarkan pencalonan nanti. Pencalonan dibuka akhir bulan ini dan mengikut peraturan siapa yang layak boleh menamakan sendiri atau pun persatuan yang memberi nama pencalonan.


“Ia masih awal dan saya juga belum mendengar ura-ura siapa bakal bertanding nanti,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan tajaan syarikat basikal berpangkalan di Hong Kong, Champion System kepada atlit triatlon negara, Barry Lee di Wisma MOM, semalam. 

Sebelum ini, Timbalan Presiden MOM, Tan Sri Dr M Jegathesan dan Bendahari Kehormat MOM, Datuk Seri Kee Yong Wee mengesahkan mereka tidak akan mempertahankan jawatan disandang pada pemilihan kali ini atas alasan mahu berehat. 

Mengulas mengenai skuad hoki negara yang gagal menyerlah di Piala Sultan Azlan Shah, Kok Chi berkata pasukan berkenaan wajar menjadikan ia sebagai mimpi ngeri yang harus dijadikan iktibar sebelum menyertai Sukan Olimpik 2012. 

No comments:

Post a Comment