Saturday 21 May 2011

Legenda sepanjang zaman (22/05/2011)

Federer hanya seorang daripada pemain terbaik

PARIS: "Roger Federer adalah salah seorang pemain terbaik dalam sejarah tenis, tetapi dua gergasi sepanjang zaman sukan kami adalah Rafael Nadal dan Bjorn Borg." Begitulah firasat John McEnroe - legenda sukan tenis dengan kata-katanya tidak pernah dipertikaikan. 

Pemain Amerika bertukar pengulas itu tidak pernah terlepas daripada kontroversi tetapi tiada sesiapa yang boleh menyangkal dakwaannya. Dua gergasi yang dirujuk olehnya memiliki persamaan - kedua-dua lelaki itu sudah menikmati kejayaan pada usia muda dan kemudian mendominasi sukan mereka, lebih-lebih lagi di Roland Garros.
Borg jaguh dari Sweden meraih rekod enam gelaran sebelum hari jadinya ke-25, dan hanya seorang pemain berjaya mengatasinya di Terbuka Perancis antara 1974 dan 1981 - pemain Itali, Adriano Panatta.


Sama sepertinya, Nadal hanya sekali mengecapi kekalahan di tanah liat Paris, kecundang kepada Robin Söderling pada 2009. Dan seandainya Rafa menang gelaran itu sekali lagi tahun ini, dia akan menyamai rekod Borg hanya beberapa hari sebelum hari jadinya ke-25, yang akan diraikan pada 3 Jun ketika kejohanan ini memasuki penghujungnya. 

Dilihat dari sudut lain, Nadal mampu mengatasi Borg tahun ini, memandangkan pemain Sweden itu memerlukan lapan percubaan untuk memenangi enam gelaran Terbuka Perancis. Nadal pula pada penampilan ketujuhnya di major di Paris, adalah pilihan utama, dan belum lagi dapat menyamai tahap pencapaian tinggi musim lalu meraih grand slam gelanggang tanah liat dengan menjuarai tiga kejohanan Masters ATP 1000 pada permukaan tanah liat diikuti Roland Garros. 

Tahun ini, dia akan berdepan Novak Djokovic yang berada pada kelas yang tersendiri. Sebelum musim beralih ke permukaan perlahan, pemain Serbia itu berjaya menyapu bersih gelaran ala Nadal dengan memenangi Terbuka Australia diikuti Indian Wells dan Miami, menewaskan Rafa pada final di California dan Florida. 

"Saya berpuas hati dengan corak permainan saya dalam kedua-dua kejohanan Amerika itu, mara ke final pada kedua-duanya," kata Nadal, di sebalik kenyataan bahawa kejayaan Djokovic mengurangkan mata pemain Sepanyol itu dalam ranking ATP. 
"Saya tidak sabar menunggu musim tanah liat untuk bermula." 
Mungkin Djokovic adalah pemain tunggal yang mampu menghalang Nadal daripada menyamai rekod Borg di Roland Garros. - Agensi 

No comments:

Post a Comment