Wednesday 18 May 2011

Dapat tiket ke Jelajah Dunia ATP (18/05/2011)

PARIS: Pemain Serbia yang sukar dibendung, Novak Djokovic menjadi pemain kedua sejak 1990 menempah tempat ke pusingan akhir final Jelajah Dunia ATP pada penamat musim ini sebelum bermula Terbuka Perancis.


Pemain nombor dua dunia berusia 23 tahun itu, mengesahkan tempatnya dalam pusingan akhir selepas menewaskan pemain nombor satu dunia, Rafael Nadal pada final Masters Rome untuk melanjutkan rentetan tanpa kalah kepada 37 perlawanan.


Kekalahan terakhir Djokovic hadir pada peringkat separuh akhir pusingan akhir tahun lalu, kepada bekas pemain nombor satu, Roger Federer. 

Dia akan bertanding dalam pusingan akhir buat tahun kelima berturut-turut, yang menyaksikannya memenangi gelaran itu sekali pada 2008. 

Nadal sebelum ini menjadi pemain tunggal melayakkan diri ke acara itu sebelum bermula Roland Garros pada 1990. 

Kejohanan Jelajah Dunia ATP bakal menyaksikan lapan pemain terbaik layak berdasarkan keputusan musim 2011, yang akan berlangsung di London, 20 hingga 27 November depan. – AFP 

No comments:

Post a Comment