Monday 16 May 2011

Tidak begitu hambar (17/05/2011)

MASIH ada sinar di hujung terowong! Begitulah rumusan jurulatih hoki negara, Tai Beng Hai mengenai kegagalan skuad hoki negara dalam edisi ke-20 Piala Sultan Azlan Shah berakhir di Ipoh kelmarin. 

Walaupun anak buahnya gagal melaksanakan misi menempatkan diri antara empat pasukan teratas seperti ditetapkan Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) bagaimanapun bukan erti persembahan pasukan negara terlalu buruk.


“Sebenarnya persembahan kita tidak begitu buruk. Malah jika diimbau kembali pemain Malaysia berjaya memberi saingan sengit kepada gergasi dunia, Australia sebelum tumpas di saat akhir perlawanan.


“Begitu juga ketika menentang New Zealand. Pemain masih memperlihatkan ciri-ciri positif dalam permainan mereka. Justeru kita akan bina pasukan di sekitar perwatakan mantap sedia ada,” katanya. 

Apapun Beng Hai mengakui banyak perlu dilakukan untuk menyediakan pasukan mantap menghadapi kelayakan Sukan Olimpik 2012 nanti. 

Syabas kepada juara dunia, Australia yang menepati ramalan selaku pasukan pilihan yang muncul juara buat kali keenam selepas mengetepikan Pakistan 3-2 dalam masa tambahan. 

Langkah penganjur menjemput pasukan ranking utama dunia ke kejohanan berprestij ini jelas berbaloi kerana yang untung adalah peminat hoki yang mendapat nilai hiburan tinggi menyaksikan pemain bertaraf dunia beraksi di hadapan mata mereka. 

No comments:

Post a Comment