Thursday 19 May 2011

Bakal bangkit (20/05/2011)

Dia akan kembali ke prestasi terbaik minggu ini: Brown

BARCELONA: Pengurus Mercedes, Ross Brawn meramalkan bahawa juara tujuh kali veteran, Michael Schumacher akan kembali ke prestasi terbaik pada Grand Prix Sepanyol, hujung minggu ini. 

Selepas penampilan mengecewakan di Grand Prix Turki yang menyaksikan dirinya menamatkan saingan di tempat ke-12 dan terbabit dalam pelanggaran dengan pelumba Renault, Vitaly Petrov, dengan warga Jerman berusia 42 tahun itu memperkatakan mengenai kehilangan keghairahannya untuk berlumba - komen yang mencetuskan spekulasi bahawa dia bersedia untuk bersara.
Tetapi persediaan menjelang salah satu perlumbaan penting musim ini pada hujung minggu nanti, menyaksikan Brawn terus menaruh keyakinan pada pelumba yang disokongnya selama ini dan menjalin hubungan rapat buat 20 tahun kebelakangan ini.


“Saya pasti perlumbaan sebelum ini tidak begitu menggembirakan dan ia merujuk kepada itu. Apabila ada perlumbaan seperti itu, ia akan menjatuhkan anda, tetapi saya fikir dia memiliki perwatakan kental dan saya optimistik hujung minggu ini bahawa dia akan kembali ke tempat yang kami mahukan untuknya,” kata Brawn. 

Ketika ditanya mengenai komen Schumacher dan pandangannya bahawa dia tidak menyukai lagi berlumba di F1, Brawn berkata: “Itu adalah melampau. 

“Saya sudah bertemu dengannya selepas itu. Kami menjalani banyak perbincangan teknikal dan dia banyak bertanyakan mengenai kereta, apa yang kami mahu lakukan, perubahan terbaru - jadi tiada apa yang sudah berubah. Kami bersikap optimistik.” 

Schumacher memenangi Grand Prix Sepanyol enam kali dalam jumlah 91 kejayaan Grand Prix, kali terakhir pada era kegemilangan Ferrari pada 2004, yang menyaksikannya menikmati kejayaan yang tiada tolok bandingan dan menjulang lima gelaran pemandu berturut-turut. - AFP 

No comments:

Post a Comment