Thursday 19 May 2011

Buru tiga pemain baru (20/05/2011)

Pengurus United cari pengganti van der Sar, Neville, Scholes

LONDON: Segar daripada kejayaan meraih rekod gelaran liga ke-19, Alex Ferguson berkata dia kini mensasar untuk mendapatkan tiga pemain baru pada musim panas ini. 

Pengurus pasukan Manchester United itu perlu memperkuatkan skuad dengan kehadiran penjaga gol baru kerana penjaga gawang utama ketika ini, Edwin van der Sar, 40, bakal bersara.
Gary Neville, 36, sudah menggantung but manakala Paul Scholes, 36, sedang memikirkan mengenai masa depannya.


Fergie berkata: “Kami kini memiliki beberapa idea. Diharapkan kami dapat merealisasikannya. 

“Kami memiliki Giggs dan Scholes menghampiri penghujung kerjaya mereka, Neville sudah bersara dan Van der Sar bakal bersara, jadi terdapat beberapa kekosongan mahu diisi dari segi kekuatan pasukan pada beberapa tahun akan datang. 

“Saya sedang melihat kemungkinan tiga pembelian yang akan menyuntik kualiti kami.” 

Ferguson yang mempersembahkan Nani dengan trofi anugerah pemain tahunan yang dicalonkan pemain di malam anugerah United, juga menyindir Liverpool selepas memecahkan rekod mereka. 
Peminat United menyeludup masuk kain rentang ke Anfield Ahad lalu dengan mesej tertera “MUFC 19 times”. Fergie akur apabila berkata: “Sepatutnya saya membawa kain rentang itu ke Liverpool.” 

No comments:

Post a Comment