Thursday 19 May 2011

Jadi buruan (20/05/2011)

Chelsea, Juventus, Inter dan Roma tunjuk minat

DUBLIN: Pengurus Porto, Andre Villas-Boas menegaskan ia akan memerlukan gergasi Eropah mengeluarkan perbelanjaan besar untuk mencuri pemain daripada pasukan juara Liga Europa bimbingannya. 

Villas-Boas dan beberapa ahli skuad Porto kini menjadi buruan selepas kempen penuh berjaya yang meniti puncak tertinggi dengan kejayaan 1-0 ke atas Braga pada final Liga Europa, kelmarin.
Penyerang Colombia, Falcao menjaringkan gol kemenangan dengan tandukan cantik pada detik rehat di Stadium Aviva di Dublin ketika Porto menambah trofi kejohanan peringkat kedua Eropah kepada gelaran Portugal yang dimenangi tanpa tewas sebarang perlawanan.


Pada usia 33 tahun, Villas-Boas adalah jurulatih termuda untuk memenangi kejohanan kelab UEFA dan namanya kini menjadi sebutan Chelsea, Juventus, Inter Milan dan Roma. 

Ia tidak menjadi kejutan jika Porto menerima tawaran rasmi daripada Villas-Boas, termasuk juga Falcao dan rakan penyerang Hulk, sebelum musim depan. 

Tetapi Villas-Boas mendedahkan pampasan pelepasan dalam kontraknya dan juga Hulk dan Falcao mungkin menyukarkan keadaan. 

“Spekulasi adalah normal berkenaan pengurus dan pemain seluruh dunia. Tetapi Porto memiliki klausa pelepasan yang tertinggi dalam pasaran jadi ia tidak mudah buat pemain untuk meninggalkan kami. 
“Hulk memiliki klausa perpindahan £100 juta (RM550 juta). Ia bukan mudah buat mana-mana kelab untuk membayarnya dan Falcao memiliki klausa pelepasan £30 juta (RM165 juta) yang juga bukan mudah untuk dibayar. 

“Klausa pelepasan saya sangat tinggi. Ia bukannya sesuatu yang normal. Saya berbangga dengannya kerana ia melambangkan kejayaan yang diraih Porto. Ia bukan mustahil tetapi diharapkan kami dapat mengekalkan semua orang bagi tahun depan” - AFP 

No comments:

Post a Comment