Sunday 22 May 2011

Tunjang United (23/05//2011)

Mereka berdua pemain contoh terbaik kepada rakan lain: Iniesta

LONDON: Menjelang pertembungan final Liga Juara-Juara Eropah menentang Manchester United di Wembley, Sabtu ini, bintang Barcelona, Andres Iniesta menyifatkan Ryan Giggs dan Paul Scholes sebagai ‘pemain contoh terbaik kepada pemain lain’. 

Bintang tengah yang membantu Sepanyol memenangi Piala Dunia itu mengakui menghormati juara Liga Perdana Inggeris itu dan seperti Barcelona, mereka juga memburu kejuaraan berganda.
Dia berkata: “Wayne Rooney adalah antara pemain terbaik dunia dan saya suka melihatnya bermain.
“Mereka memiliki Nani dan mempunyai pertahanan yang kental. Tetapi jika anda hanya diberi pilihan memilih hanya satu, untuk sejarah dan atas segala pencapaian yang dimiliki, saya memilih Paul Scholes atau Ryan Giggs. 

“Mereka adalah dua pemain contoh terbaik kepada mana-mana pemain.” 
Iniesta juga mengakui dia menghormati jurulatih Barca, Pep Guardiola, yang membantu kelab memenangi tiga kejuaraan La Liga sejak mengendalikan kelab itu pada 2008 dan juga Liga Juara-Juara pada 2009. 

Pemain berusia 27 tahun itu berkata: “Dia seorang yang penting kepada kami. 
“Saya percaya semua setuju bahawa dia adalah kunci utama kejayaan pasukan. Dia mengajar pemain mengenai pengetahuannya mengenai perlawanan, kelab dan semua yang di sekeliling. 
“Dia seorang jurulatih yang memberi anda jalan penyelesaian. Dalam perlawanan jika semua tidak berjalan lancar, dia datang memberi jawapan untuk mengatasinya,” katanya. - Agensi 

No comments:

Post a Comment