Wednesday 18 May 2011

Kekal di AC Milan (19/05/2011)

Van Bommel, Roma turut lanjut kontrak 

ROME: Bek tengah Brazil, Thiago Silva menandatangani lanjutan kontrak dengan AC Milan dan akan mengekalkannya dengan kelab itu untuk tempoh lima tahun lagi.
Pemain 26 tahun yang menyertai Milan pada 2009 dari Fluminense di negara kelahirannya, selepas mengharungi tempoh mengecewakan bersama Porto dan Dynamo Moscow di Eropah.


Pemain veteran Belanda, Mark van Bommel dan penjaga gol ketiga, Flavio Roma juga menandatangani kontrak lanjutan sehingga hujung musim depan. 

Namun bekas pemain tengah Belanda, Clarence Seedorf berkata dia tidak pasti mengenai masa depannya selepas berjumpa dengan pegawai atasan kelab berkenaan. 

Seedorf akan tamat kontrak dengan Milan penghujung musim ini dan dikaitkan dengan perpindahan ke Brazil. 

Dia adalah seorang daripada sembilan pemain (termasuk Van Bommel dan Roma) yang akan dibincangkan oleh pengurusan Milan apabila tamat kontrak hujung musim ini. 
“Perbincangan berjalan lancar, saya tidak tahu sama ada akan kekal di Milan tetapi ia satu perjumpaan yang baik dan mesra,” kata Seedorf. 

“Kami akan berbincang lagi minggu depan kerana kami mahu menamatkan musim ini dengan kemenangan, kemudian baru membuat keputusan. Kalaupun tidak meneruskan kontrak, itu tidak mengapa. 

“Saya sentiasa mempunyai hubungan baik dengan kelab ini.” 

Pemain veteran lain yang akan tamat kontrak termasuklah kapten Massimo Ambrosini, Alessandro Nesta dan Andrea Pirlo. – AFP 

No comments:

Post a Comment