Wednesday 18 May 2011

Juara peringkat 10 (19/05/2011)

TERAMO, Itali: Pelumba Britain, Mark Cavendish mencatat kemenangan peringkat 10 dan kemenangan kali keenam di jelajah berbasikal Giro d’Italia kelmarin sambil terus mengumpul kemenangan dalam jelajah Grand Tour. 

Pelumba pasukan HTC-Highroad itu menghenjut dari belakang pakar pecut Lampre, Alessandro Petacchi untuk memenangi pecutan beramai-ramai dengan kelebihan hampir satu meter di depan pelumba Movistar, Francisco manakala Petacchi di tempat ketiga.
“Kami membiarkan kumpulan pelumba di depan pada jarak tidak terlalu jauh dan kemudian apabila menghampiri garisan penamat, kami cuba menguasai kelompok depan.”


“Sebaik dapat mengekori Petacchi, saya tahu saya berada dalam posisi terbaik. Petacchi meluru pada baki 250 meter dan saya mula menghenjut pada baki 150 meter dan menang.” 

Cavendish juga menempelak dakwaan Ventoso kononnya dia dibantu kereta pasukannya pada peringkat sebelumnya di Gunung Etna. 

“Kami berkayuh macam orang gila untuk pastikan berada dalam had masa yang ditetapkan. Selalu sangat tuduhan seperti ini dilemparkan, asal saya tercicir tetapi masih menamatkan kayuhan dalam tempoh yang ditetapkan, pasti ada tuduhan saya menipu. Saya cabar Ventoso untuk berkayuh bersama saya di dalam peloton pada peringkat pendakian.”

Pelumba HTC-Highroad itu mengesahkan dengan peluang pecutan yang begitu terhad pada Giro kali ini, dia sudah memasang sasaran tertentu untuk memenangi peringkat 10 itu. - Reuters 

No comments:

Post a Comment