Saturday 21 May 2011

Penyelamat beregu (22/05/2011)

Gandingan Pei Tty-Eei Hui pikul tugas berat di Piala Sudirman

KAMI akan cuba menjadi penyelamat dan memastikan kemenangan Malaysia lebih awal!

Itulah janji beregu wanita, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui yang dilihat perlu memainkan dua peranan penting dalam memastikan skuad negara mampu melangkah jauh dalam Piala Sudirman yang disingkap tirainya di Qindao, China esok.
Gandingan itu diharap mampu menyelamatkan skuad negara daripada kekalahan seandainya ketinggalan 2-1 untuk mengikat kedudukan, dan pada masa sama memastikan kemenangan sekiranya skuad negara mendahului 2-0.


“Kami akui tanggungjawab ini bukan mudah kerana sudah tentu tekanan tinggi kerana kedudukan 2-1 atau 2-0, ia tetap situasi genting dan rakan sepasukan sudah tentu mengharap kami memenangi perlawanan.

“Begitupun, kami berjanji mempamerkan aksi terbaik, sekali gus menjadi penyelamat atau memastikan kemenangan negara ketika menentang sesiapa juga,” kata Eei Hui.

Eei Hui berkata, dia gembira kerana gandingannya bersama Pei Tty semakin serasi dan menunjukkan banyak peningkatan dalam beberapa siri pertandingan selepas pasangannya itu pulih daripada pembedahan lutut.

“Sebelum ini, pergerakan Pei Tty agak terbatas, mungkin takut kecederaannya berulang tetapi selepas beberapa siri latihan dan pertandingan, Pei Tty kian selesa dengan pergerakannya,” katanya. 
Eei Hui berkata, dia berharap kejohanan berpasukan campuran itu menjadi medan kebangkitan untuk mereka menjelang Kejohanan Dunia di Wembley Ogos depan selepas kempunan beraksi di Paris tahun lalu.

Malaysia membuka tirai saingan dengan bertemu Russia dalam peringkat kumpulan esok. Selain Russia, Malaysia turut diundi bersama Indonesia dalam kumpulan itu. 

No comments:

Post a Comment