Monday 16 May 2011

Harap lebih banyak tajaan (17/05/2011)

ATLIT triathlon negara, Barry Lee mengharapkan lebih banyak tajaan diterima bagi memastikan dirinya dapat bertanding di peringkat antarabangsa dan juga tempatan - sekali gus mencapai hasrat dapat layak ke Sukan Olimpik 2016 dan juga Sukan Asia nanti. 

Ayahnya, David Lee berkata Barry yang bakal mencecah 20 tahun November ini memerlukan lebih banyak tajaan dalam memastikan impian anaknya mengharumkan nama negara akan menjadi kenyataan.


“Kami mengharapkan lebih banyak tajaan dapat diterima bagi membantu atlit tempatan seperti Barry mengharungi kejohanan besar terutama di luar negara,” katanya pada sidang media selepas menerima tajaan sebuah basikal oleh sebuah syarikat pengeluar basikal berpangkalan di Hong Kong, Champion System yang bernilai RM 6,000 selain tajaan barangan sukan daripada Brooks Malaysia.


Selain kejayaan itu, Barry juga menjadi atlit termuda negara yang menamatkan perlumbaan Iron Man Langkawi 2004 dengan mencatat masa 16 jam 54 minit dan 50 saat ketika dia berusia 12 tahun. 

“Sejak itu, dia semakin menonjol baik dalam triathlon dan juga marathon. Masa terbaik yang dicatatnya dalam triathlon ialah 1 jam 56 minit dan 6 saat manakala masa terbaik dalam marathon ialah 3 jam 3 minit dan 41 saat. Pada saya dia mampu menyerlah,” kata David yang juga seorang atlit. 

No comments:

Post a Comment