Monday 16 May 2011

Tetap puji skuad renang (17/05/2011)

Akur ketiadaan Bego jejas prestasi skuad renang negara cabar HK 

BIARPUN Hong Kong dilihat menguasai pungutan pingat pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia 2011 yang berakhir kelmarin, persembahan perenang kebangsaan secara keseluruhannya tidak menghampakan dengan beberapa rekod kejohanan dan kebangsaan diperbaharui.


Dengan tuaian 19 pingat emas, 10 perak dan 17 gangsa, Hong Kong berada dalam kelas tersendiri apabila muncul juara dalam kejohanan empat hari di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil itu yang turut digunakan sebagai platform untuk perenang meraih tiket ke Kejohanan Dunia di Shanghai, Julai ini.


Setiausaha Kehormat Persatuan Renang Amatur Malaysia (Asum), Edwin Chong mengakui Hong Kong menghantar pasukan kuat manakala skuad negara tidak memiliki ramai perenang kebangsaan, di tambah lagi tanpa penyertaan jaguh renang negara, Daniel Bego pada kejohanan edisi ke-54 itu. 

“Perbezaan masa dicatat perenang Hong Kong dengan perenang negara bagaimanapun tidak jauh berbeza dan saya berpuas hati keputusang dirakamkan perenang negara, termasuk Chan Kah Yan yang mendapat tiket ke Kejohanan Dunia,” katanya. 

Kah Yan yang memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 50m kuak lentang akan bersama-sama empat perenang - Koo Cai Lin, Kevin Yeap, Chui Lai Kwan dan Daniel yang sudah terlebih dulu mendapatkan tempat ke Shanghai pada 16 sehingga 31 Julai ini. Daniel bagaimanapun tidak akan menyertainya sebarang kejohanan sehingga hujung tahun ini akibat kecederaan. 

Hari terakhir Terbuka Malaysia turut menyaksikan Cai Lin berpeluang ke Sukan Olimpik 2012 selepas melepasi masa kelayakan 8 minit 51.82 saat apabila mencatat 8:49.28s dalam acara 800m gaya bebas meskipun dia tidak dapat memperbaiki catatan masa terbaik yang dirakam pada kejohanan sama, tahun lalu. 
Namun, catatan masa itu bukanlah tiket jaminan ke Olimpik kerana Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) hanya akan menjemput perenang yang melepasi masa kelayakan di kejohanan renang terbuka berdasarkan kekosongan tempat, masa yang dicatatkan dan beberapa kriteria lain. 

“Saya tidak tahu macam mana peluang Cai Lin nanti sebab peraturan ini baru dibuat bagi penyertaan perenang ke Olimpik London dan keputusan muktamad hanya akan diketahui pertengahan Jun, tahun depan,” kata Edwin. 

No comments:

Post a Comment